Tanda nada Abjad Vietnam

Bahasa Vietnam adalah bahasa bernada, iaitu erti setiap perkataan bergantung kepada "nadanya" (pokoknya suatu corak nada suara dan glotalisasi tertentu) apabila disebut. Terdapat enam nada yang berbeza; yang pertama ("nada rata") tidak bertanda, sementara lima yang lain ditandai oleh tanda baca diakritik pada bahagian bunyi vokal suku kata.

NadaDiakritikBunyi vokal berdiakritikHuraian
Ngang (Rata)TiadaA/aĂ/ăÂ/âE/eÊ/êI/iO/oÔ/ôƠ/ơU/uƯ/ưY/ysuara rata di paras tengah suara
Huyền (Turun)GrafÀ/àẰ/ằẦ/ầÈ/èỀ/ềÌ/ìÒ/òỒ/ồỜ/ờÙ/ùỪ/ừỲ/ỳmula di paras agak rendah dan turunkan sedikit nada
Sắc (Naik)TirusÁ/áẮ/ắẤ/ấÉ/éẾ/ếÍ/íÓ/óỐ/ốỚ/ớÚ/úỨ/ứÝ/ýmula di paras agak tinggi dan naikkan nada dengan mendadak
Hỏi (Turun-naik)CangkukẢ/ảẲ/ẳẨ/ẩẺ/ẻỂ/ểỈ/ỉỎ/ỏỔ/ổỞ/ởỦ/ủỬ/ửỶ/ỷmula di paras agak rendah, turunkan nada, dan naikkan nada
Ngã (Naik berhamzah)TildeÃ/ãẴ/ẵẪ/ẫẼ/ẽỄ/ễĨ/ĩÕ/õỖ/ỗỠ/ỡŨ/ũỮ/ữỸ/ỹmula di paras tinggi, kemudian turunkan dan naikkan kembali nada
Nặng (Turun berhamzah)Titik di bawahẠ/ạẶ/ặẬ/ậẸ/ẹỆ/ệỊ/ịỌ/ọỘ/ộỢ/ợỤ/ụỰ/ựỴ/ỵmula di paras rendah dan terus turunkan nadanya